Sunday 30 September 2012


Bina ayat menggunakan perkataan berimbuhan awalan
dan akhiran di bawah.

tercemar : ___________________________________________________
                   ___________________________________________________

berudara : __________________________________________________
                   ___________________________________________________

bercuti : _____________________________________________________
               _____________________________________________________

pakaian: ____________________________________________________
                 ____________________________________________________

Kenderaan : _________________________________________________
                      _________________________________________________
               

Tuesday 25 September 2012


Bulatkan jawapan yang betul.

1.  Encik Halim membelikan sebuah__________berwarna hitam untuk 
    dihadiahkan kepada isterinya.

    A baju                    B kereta                    C rumah                   D  kasut                    

2. Surendren memelihara seekor __________ yang diberi nama Si Belang.

    A ayam                  B kambing               C lembu                   D kucing

3. Surat itu diterima________kawan lamanya.                      

     A dari                     B daripada             C kepada                D pada

4. Baju yang dihadiahkan oleh ayah diperbuat  _________ bulu kambing.

    A dari                      B kepada                C daripada             D pada

5. Namanya Safrina binti Abu. ____________ murid Tahun Tiga Melati.

   A kami                     B saya                       C dia                        D mereka

6. Ah Khong kawan baik saya. _________ peramah dan baik hati.

   A Kalian                  B Mereka                 C Dia                      D Kamu






Monday 24 September 2012

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

1. Ally menyusun buku di perpustakaan.

   ____________________________________

2. Heng membersihkan kelas sebelum loceng berbunyi.

   ________________________________________________

3. Kamala menyiram pokok bunga emak yang hampir layu.

   _________________________________________________

4. Hanim menghidangkan lauk-pauk di atas meja.

   ___________________________________________

5. Pasukan penyelamat sedang memindahkan mangsa banjir ke balai raya.

   __________________________________________________________________

Latihan Pemahaman



Aku memang minat mengembara. Aku ingin mengembara dengan basikal. Setelah mendapat keizinan keluarga, aku pun mengayuh basikal menuju ke utara dengan berbekalkan sejumlah wang. Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 40 km. Selepas menempuh pelbagai cabaran  dan dugaan, akhirnya aku bermalam di sebuah masjid, di bandar Taiping. 
Pada hari kedua, perjalanan sejauh 50 km kutempuhi dalam hujan lebat. Aku singgah di rumah kenalanku, Sudin. Aku menceritakan keinginanku ke utara. Sudin ingin mengikutiku. Malam itu, aku bermalam pula di rumahnya. Keesokannya, aku dan Sudin mengayuh basikal ke Sungai Petani. Tayar basikal Sudin pancit. Sudin membonceng basikalku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal. Malam itu, kami tidur di masjid. Sempat jugalah kami berbual tentang kisah lama.
 Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Alor Setar. Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama yang indah, sawah padi yang menguning,  bukit-bukau dan gunung-ganang yang menghijau serta program pembangunan yang pesat   di sana sini. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk. Dia terpaku apabila melihat aku dan Sudin tercegat di hadapannya.

1. Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara?
      A  Ilmu pengetahuan  B  Sumber kewangan  C   Orang-orang jahat   D  Cabaran dan rintangan

2.   Ke manakah tujuan “aku”?
      A   Ke Sungai Petani   B  Ke Taiping        C  Ke Kedah       D Ke Pulau Pinang  

3.   Apakah rintangan yang terpaksa dihadapi oleh  “aku”  semasa mengembara?
      A   Hujan dan panas  B Kehabisan wang   C Kawasan berbukit   D Tiada tempat penginapan

4.   Mengapakah datuk terkejut apabila melihat  “aku” dan Sudin?
      A   Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke Kedah dengan basikal
      B   Kerana dia sedih melihat keadaan diri cucunya yang tidak terurus
      C   Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya 
      D   Kerana datuknya sudah lama tidak bertemu dengan cucunya

5.   Semua penyataan di bawah ini  benar  tentang petikan di atas  kecuali
      A   Semasa tayar basikal Sudin pancit, dia terpaksa mengayuh basikal "aku”
      B   Kegemaran  “aku”  dan kawannya, Sudin hampir sama
      C   Perjalanan "aku” ke rumah datuknya mengambil masa empat hari
        D   Kebanyakan tempat tidur  “aku”  adalah di masjid